Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan. Pergilah ke tempat-tempat yang kamu idamkan. Jadilah seperti apa yang kamu citakan. Sesungguhnya kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.
Thursday, 15 December 2011
Tuesday, 6 December 2011
Kemuliaan Hari Ayura
14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram 1433, bersamaan Selasa, 06 Disember 2011
- Melapang masa/belanja anak, suami, isteri (Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini).
- Memuliakan Fakir Miskin (Fadhilat: Allah akan melapangkannya dalam kubur).
- Menahan Marah (Fadhilat: Di akhirat kelak Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang diredhai).
- Menunjukkan Orang Sesat (Fadhilat: Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya).
- Menyapu/Mengusap Kepala Anak Yatim (Fadhilat: Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap helai rambut yang diusapnya).
- Bersedekah (Fadhilat: Allah akan menjauhkannya daripada neraka seperti jauh seekor gagak terbang tanpa henti dari kecil hinggalah gagak itu mati. Diberikan pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini).
- Memelihara Kehormatan Diri (Fadhilat: Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan).
- Mandi Sunat (Fadhilat: Allah akan mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan sepanjang tahun).
- Bercelak (Fadhilat: Insya-Allah tidak sakit mata pada tahun itu).
- Membaca Qulhuwallah 1000 kali (Fadhilat: Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmah di akhirat kelak).
- Sembahyang Sunat 4 Rakaat (Fadhilat: Allah akan mengampunkan dosanya walaupun selama 50 tahun dosa itu dilakukan).
- Membaca Hasbiyallahu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru (Fadhilat: Insya-Allah tidak dimatikan pada tahun itu).
- Menjamu Orang Berbuka Puasa (Fadhilat: Diberikan pahala seperti memberikan sekalian umat Islam berbuka puasa).
- Puasa (Diberikan pahala 1000 kali Haji, 1000 kali Umrah dan 1000 kali Syahid dan diharamkan ke atasnya neraka).
Friday, 2 December 2011
Simbol 'Peace' Milik Siapa?
Catatan ini dipetik daripada yahoogroups.com milik Ahmad Cairel
Mungkin anda pernah atau ikut sama menunjukkan simbol ini terutama sekali ketika bergambar. Inilah simbol 'Peace' atau 'Keamanan' yang begitu popular. Tetapi anda perlu berhati-hati kerana ada sesuatu di sebalik simbol yang dianggap keramat itu.
Simbol ini berasal daripada simbol iblis dalam salah satu upaca keagamaan Yahudi. Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati. Simbol V mempunyai pelbagai sejarah. Dalam tulisan Yahudi, V (Van) bermaksud NAIL (kuku). The Nail ialah salah satu tanda rahsia iblis yang digunakan dalam penyembahan berhala.
Simbol ini telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin dunia dalam kempen mereka meluaskan pengaruh Yahudi. Iblis ingin membiarkan manusia tahu bahawa simbol itu ialah simbol kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Iblis), menggunakan simbol 'Peace' sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya.
Salah seorang penyelidik sejarah menegaskan bahawa simbol 'Peace' adalah daripada simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib Kristian dan mematahkannya ke atas dan menterbalikkannya ke bawah.
Oleh itu, berhati-hatilah, berpesan-pesanlah kepada muslimin dan muslimah yang belum mengetahui. Jangan dibiarkan amalan yang kecil ini akhirnya menjadi barah yang akan menggugat akidah agama kita. Wassalam.
Lamb Chop dan Kentang Putar
Resepi ini dipetik daripada yahoogroups.com milik Nur Fazedah...:)
Resipi Sos Marinate
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu makan lada hitan (ditumbuk)
2 sudu besar sos tiram
sedikit garam, lada putih & jus limau
Kepingan daging diperap dengan sos marinate ini semalaman sebelum digril.
Resipi Kentang Putar
6-8 biji kentang (kupas kulit, potong dadu besar & rebus hingga empuk)
1 sudu besar mentega
1/2 cawan susu cair
sedikit hirisan daun bawang
sedikit garam & lada putih
Resipi Sos Lamb Chop
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum (bahan pemekat sos)
1 liter air
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
1 sudu makan sos tomato atau cili
1 sudu besar serbuk lada hitam
1/2 kiub perasa ayam atau lembu
sedikit garam
Tuesday, 29 November 2011
Meniru Masakan Ala Cowboy
Menyaksikan program Throwdown with Bobby Flay di Food Network Channel merupakan suatu kemestian jika ada waktu yang terluang. Selain melihat aksi Bobby 'Iron Chef' dikalahkan oleh chef-chef tempatan, Kak Mint juga berkesempatan mempelajari cara dan kaedah penyediaan menu barat. Hemmm kelas memasak percuma di rumah melalui peti televisyen!
Petang kelmarin, Kak Mint mencuba nasib meniru salah satu menu dalam program berkenaan. Fried Chicken Steak namanya. Itu namanya sahaja tetapi sebenarnya hidangan ini daripada stik daging goreng bersalut tepung. Bukannya ayam seperti nama menunya. Pelik kan! Dan ini merupakan hidangan kegemaran cowboy di Texas! Agaknya cowboy-cowboy tu teringin nak makan ayam tapi tiada, jadi digantikan dengan daging!
Pertama kali Kak Mint belajar bagaimana cara menyediakan white gravy! Mudah sahaja. Bahan-bahannya tepung, mentega, susu segar dan bahan perasa. Ternyata percubaan kali pertama berjaya memukau selera sang suami.
Transformasi Media
Sudah lama tidak mengirim sebarang pos di laman blog ini. Kekangan pelbagai projek dalaman mahupun luar begitu sekali menghambat kelapangan waktu yang ada. Sana sini kedengaran orang menyebut TRANSFORMASi. Pemimpin negera, masyarakat, media dan sebagainya begitu sibuk dengan keberadaan kosa kata ini. Dalam hal ini Kak Mint pun tidak mahu ketinggalan untuk bertransformasi dalam pengaliran maklumat secara maya. Kak Mint pun tidak mahu ketinggalan. Kehadiran iPad 2 sebagai salah satu gadget media peribadi mendorong Kak Mint untuk mengubah cara pelayaran maklumat di laman blog ini. Lebih mudah dan pantas tampaknya. Selamat kita berblog kembali! Wassalam.
Sunday, 3 July 2011
Tamu Tuaran
Sudah hampir sebulan Kak Mint tidak menghantar pos ke blog ni. Beberapa minggu lalu masa Kak Mint dipenuhi dengan kesibukan berterusan. Kesibukan hal-hal pejabat. Kesibukan hal-hal keluarga. Semuanya ada tikanya memeningkan dan memenatkan. Alhamdulillah hari ini akhirnya dapat juga Kak Mint meluangkan masa mengetik keyboard Macbook, dan mencatatkan kisah-kisah seterusnya. Dan kali Kak Mint ingin berkongsi tentang keunikan TAMU TUARAN.
'Tamu' bermakna pasar minggu. Tuaran ialah salah sebuah pekan kecil yang terletak tidak jauh dari Kota Kinabalu. Tamu Tuaran diadakan setiap pagi Ahad. Walau bagaimanapun, ada juga peniaga yang mula membuka gerai mereka seawal petang Sabtu.
Di Tamu Tuaran inilah penduduk sekitar akan membeli belah khususnya barang-barang basah seperti ikan, daging, ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan. Uniknya harga barangan yang dijual amat berpatutan, malah jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga di bandar.
Kak Mint kalau ke sini akan memborong sayur kerana harganya memang murah, dan banyak pula tu. Tak rugi datang ke Tamu Tuaran. Macam-macam ada.
'Tamu' bermakna pasar minggu. Tuaran ialah salah sebuah pekan kecil yang terletak tidak jauh dari Kota Kinabalu. Tamu Tuaran diadakan setiap pagi Ahad. Walau bagaimanapun, ada juga peniaga yang mula membuka gerai mereka seawal petang Sabtu.
Di Tamu Tuaran inilah penduduk sekitar akan membeli belah khususnya barang-barang basah seperti ikan, daging, ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan. Uniknya harga barangan yang dijual amat berpatutan, malah jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga di bandar.
Kak Mint kalau ke sini akan memborong sayur kerana harganya memang murah, dan banyak pula tu. Tak rugi datang ke Tamu Tuaran. Macam-macam ada.
Tuesday, 7 June 2011
Menjejak Sandakan
Hari ini, pukul 12.30 tengah hari, Kak Mint meninggalkan Kota Kinabalu untuk ke Sandakan atas urusan rasmi selama 3 hari. Disebabkan oleh kekurangan peruntukan, terpaksalah KakMint menaiki kapal terbang yang hanya mengambil masa 40 minit (dengan Boeng MAS). Tapi kalau dikira dari segi penjimatan masa, kapal terbang merupakan pilihan terbaik.
Kak Mint memilih Hotel Sandakan sebagai destinasi penginapan. Mengapa? Tentulah disebabkan kedudukannya di dalam bandar itu sendiri, selain keselesaan dan harga yang berpatutan. Bila dalam kawasan bandar, tentunya mudahlah untuk Kak Mint merayau-rayau.
Sebaik sahaja mendaftar masuk hotel, Kak Mint terus berjalan kaki ke sebuah pasar raya yang bernama Gentingmas Mall. Emmm di Sandakan pun ada juga Genting Mas ye! Pasar raya ini merupakan pasar raya yang paling besar di sini. Malah sentiasa dipenuhi oleh pelanggan. Kononnya barang-barang yang dijual semuanya murah belaka. Betul ke? Tapi bagi Kak Mint kebenarannya memang ada. Harga NIPS Chocolate Coated Candy hanya RM1.90 sebungkus, berbanding RM2.50 di Kota Kinabalu. Wow boleh borong!
Dari pasar raya Gentingmas Mall, Kak Mint singgah di satu kedai makan yang menjual Coto Makasar (makanan istimewa di sini). Memang sedap. Pilih sahaja sama ada mahu coto nasi atau coto mi. Kuahnya pekat dan isinya (hirisan organ lembu - perut, hati, jantung) empuk dan enak.
Inilah semangkuk Coto Makasar. Emmm...
Selesai makan, Kak Mint balik ke hotel. Berehat.
Kak Mint memilih Hotel Sandakan sebagai destinasi penginapan. Mengapa? Tentulah disebabkan kedudukannya di dalam bandar itu sendiri, selain keselesaan dan harga yang berpatutan. Bila dalam kawasan bandar, tentunya mudahlah untuk Kak Mint merayau-rayau.
Sebaik sahaja mendaftar masuk hotel, Kak Mint terus berjalan kaki ke sebuah pasar raya yang bernama Gentingmas Mall. Emmm di Sandakan pun ada juga Genting Mas ye! Pasar raya ini merupakan pasar raya yang paling besar di sini. Malah sentiasa dipenuhi oleh pelanggan. Kononnya barang-barang yang dijual semuanya murah belaka. Betul ke? Tapi bagi Kak Mint kebenarannya memang ada. Harga NIPS Chocolate Coated Candy hanya RM1.90 sebungkus, berbanding RM2.50 di Kota Kinabalu. Wow boleh borong!
Dari pasar raya Gentingmas Mall, Kak Mint singgah di satu kedai makan yang menjual Coto Makasar (makanan istimewa di sini). Memang sedap. Pilih sahaja sama ada mahu coto nasi atau coto mi. Kuahnya pekat dan isinya (hirisan organ lembu - perut, hati, jantung) empuk dan enak.
Inilah semangkuk Coto Makasar. Emmm...
Selesai makan, Kak Mint balik ke hotel. Berehat.
Monday, 30 May 2011
Kelupis
Sejak Sabtu hingga kelmarin, Kak Mint amat sibuk melayani undangan kenduri kahwin anak rakan-rakan sejawat dan taulan di kampung. Tampaknya musim nak cuti sekolah ni sering kali dijadikan masa untuk mengahwinkan anak-anak. Alhamdulillah. Perkara yang baik itu wajar dipercepatkan. Alhamdulillah, rezeki dapat makan FREElah 2 hari ini. Seperti majlis-majlis kenduri lain yang pernah Kak Mint hadiri, hidangannya memang hampir serupa. Ada nasi minyak. Ada rendang, Ada kari, Ada acar dan macam-macam lagi (ikut kemampuan tuan majlis). Tetapi satu hidangan yang pastinya tidak ada di Semenanjung ialah Kelupis.
Kelupis ialah sejenis kuih tradisional masyarakat di Sabah khususnya suku kaum Brunei dan Bisaya. Kuih ini menjadi hidangan WAJIB dalam mana-mana majlis keramaian seperti Majlis Perkahwinan, Majlis Kesyukuran dan sebagainya. Untuk dimakan pada bila-bila masa pun boleh juga. Kalau buat kelupis kosong (takde inti) lebih sedap dimakan dengan kari daging atau rendang. Waktu Hari Raya, kelupis dihidangkan bersama-sama daging rendang, sebagai ganti ketupat.
KELUPIS (PULUT BUNGKUS)
Bahan-bahannya:
300 gram beras pulut - dibersihkan dan ditoskan
300 gram santan - tidak pekat dan tidak cair
2 helai daun pandan
sedikit garam
daun nyirik secukupnya
Cara membuatnya:
Masukkan santan dan daun pandan dalam kuali dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih dan mula naik minyak. Bila nampak minyak mula timbul dipermukaan santan, baru masukkan beras pulut dan garam. Kacau hingga separuh masak dan santan pun kering. Angkat. Masukkan dalam daun nyirik anggaran 2 sudu makan. Kemaskan, bungkus elok-elok. Buatlah hingga habis. Kukuslah hingga kelupis masak kira-kira 1/2 jam.
Bahan-bahannya:
300 gram beras pulut - dibersihkan dan ditoskan
300 gram santan - tidak pekat dan tidak cair
2 helai daun pandan
sedikit garam
daun nyirik secukupnya
Cara membuatnya:
Masukkan santan dan daun pandan dalam kuali dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih dan mula naik minyak. Bila nampak minyak mula timbul dipermukaan santan, baru masukkan beras pulut dan garam. Kacau hingga separuh masak dan santan pun kering. Angkat. Masukkan dalam daun nyirik anggaran 2 sudu makan. Kemaskan, bungkus elok-elok. Buatlah hingga habis. Kukuslah hingga kelupis masak kira-kira 1/2 jam.
Friday, 27 May 2011
Bawang Oh Bawang
Bagi mengisi waktu yang terluang di rumah, Kak Mint pun mulalah membelek buku-buku lama yang dibeli melalui Reader's Digest beberapa tahun lalu. Salah satu buku yang amat Kak Mint gemari ialah 'Extraordinary Uses for Ordinary Things'. Pos kali ini Kak Mint akan berkongsi tips kegunaan BAWANG di rumah.
- Membuang karat pisau: Tusukkan pisau yang berkarat ke dalam bawang besar beberapa kali hingga karat hilang.
- Mengelak kepedihan mata ketika menghiris bawang: Sejukkan bawang di dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum menghirisnya.
- Menghilangkan bau cat: Letakkan hirisan bawang di dalam pinggan yang berisi sedikit air.
- Menghindar gigitan nyamuk: Gosokkan hirisan bawang pada kulit.
Demam Supernatural Kembali Lagi
Sudah lama juga Kak Mint tidak menghantar pos ke blog ini. Maklumlah sejak akhir-akhir ini Kak Mint agak sibuk menggalas amanah majikan yang dipertanggungjawabkan kepada Kak Mint. Alhamdullilah, cuti rehat Jumaat ini dimanfaat untuk melayari blog. Kali ini Kak Mint nak berkongsi sedkit tentang cerita fiksyen 'Supernatural' yang kini telah memasuki musim ke-6. Kak Mint memang tidak pernah ketinggalan mengikuti siri ini dari musim 1 hinggalah kini. Kegilaan ini bukan disebabkan oleh Kak Mint taksub dengan ceritanya, tetapi Kak Mint kagum dengan cara cerita ini digarap oleh penerbitnya. Memang menarik. Memang penuh dengan aksi yang mendebarkan yang pastinya tidak akan membosankan. Supernatural Musim 6 kini ditayangkan di AXN Beyond 720 setiap Isnin-Jumaat. Selamat menonton!
Sunday, 1 May 2011
Selamat Hari Pekerja 2011
01 Mei 2011, hari untuk semua pekerja di seluruh dunia merehatkan diri seketika. Mudah-mudahan kita semua akan terus menjadi pekerja yang gigih dan amanah kepada majikan yang memberikan rezeki kepada kita. Selamat Hari Pekerja. "1Pekerja, 1Amanah, 1Malaysia".
Saturday, 23 April 2011
Cara Mudah Melipat Cadar Berbucu
Antara perkara yang sering mencabar kesabaran kita adalah melipat kain dalam kuantiti yang banyak. Tambah-tambah lagi yang dilipat itu ialah cadar yang berbucu. Kak Mint sering kali gagal melipat dengan kemas. Akhirnya, melalui pautan teman-teman di yahoo group, Kak Mint muat naik video ini. Amat melegakan!!!
Friday, 22 April 2011
Sandwic Telur Bertuna
Hari ini cuti umum Good Friday bagi negeri Sabah dan Sarawak. Masa inilah yang akan digunakan untuk berehat bersama-sama keluarga. Teringin pula menyediakan sandwic untuk sarapan pagi. Kak Mint namakan Sandwic Telur Bertuna. Nak cuba?
Bahan-bahannya bawang besar (dihiris), telur dipukul bersama-sama sedikit garam dan lada putih, roti (biasa atau berserat) dan Tuna Deli Spread. |
Tumis bawang besar hingga layu dan kekuningan. |
Masukkan telur dan kacau hingga ia menjadi scramble. |
Roti dipanaskan di atas kuali. Boleh juga dibakar menggunakan pembakar roti. |
Walaaa! Inilah hasilnya. Telur dan tuna diselang-selikan. Untuk menambahkan keenakannya, bolehlah dibubuh sedikit sos tomato atau mayonis. |
Thursday, 21 April 2011
Salad Rasa Bahagia
Salad Rasa Bahagia enak dihidangkan sejuk |
Salam sejahtera buat teman-teman blogger. Hari ini Kak Mint nak berkongsi resepi ringkas tetapi berkhasiat yang Kak Mint namakan 'Salad Rasa Bahagia'. Kenapa nama tu agaknya? Kerana masa menyediakan hidangan ini, Kak Mint rasa amat bahagia...:) Harap-harap anda juga rasa bahagia mencuba resepi ini.
Inilah bahan-bahan yang diperlukan. Mudah diperoleh di pasar raya. Mayonis, isi ayam rebus dipotong dadu, sayur campur (rebus dahulu), kacang merah, jagung biji dan sedikit perahan air limau.
LANGKAH 1
Gaul rata mayonis, air perahan limau, sedikit garam dan sedikit lada putih. |
LANGKAH 2
Masukkan semua bahan dan gaul rata. |
LANGKAH 3
Salad ini enak dimakan ketika sejuk. Masukkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit. |
SELAMAT MENCUBA...:)
Sunday, 17 April 2011
Menaksir Cukai 2010
"30 April 2010 - Tarikh akhir membuat taksiran cukai 2010 menggunakan e-filing". Wah! tampaknya masa berlalu amat pantas. Tanpa disedari hari ini tinggal 2 minggu lagi tanggungjawab ini perlu dilaksanakan. Pagi ini, Kak Mint dah nekad untuk menyiapkan 2 taksiran iaitu taksiran untuk Kak Mint dan suami (taksiran berasingan). Tak boleh ditangguhkan lagi kerana Kak Mint bimbang akan terlupa. Alhamdulillah, kebetulan Maxis Broadband pagi ini dalam keadaan yang lancar. Taksiran berjaya juga dibuat. Anda bagaimana? Sudah laksanakan tanggungjawab anda? Jangan tunggu lagi nanti terlambat.
Saturday, 16 April 2011
Masa Bersendirian
Hari ini sang suami ke luar kota atas urusan kerja yang sentiasa memerlukan komitmen. Hingga hari Selasa depan, tampaknya Kak Mint bersendirian di rumah melayan diri sendiri...:)
Saturday, 9 April 2011
Home Made Spaghetti Bolognese
Pos kali ini Kak Mint nak kongsi sedikit cara mudah menyediakan spaghetti bolognese. Cepat dan semestinya enak.
Mula-mula pasta spaghetti perlu dimasak terlebih dahulu. Boleh gunakan apa saja jenama pasta yang disukai tetapi Kak Mint lebih sukakan pasta spaghetti Buitoni. Pastikan air dididihkan dan dibubuh sedikit garam serta minyak sebelum memasukkan pasta. Masaklah pasta hingga empuk sesuai dengan selera anda.
Perkara seterusnya yang perlu dilakukan adalah menyediakan sosnya. Tidak perlu berbelanja banyak. Yang penting bawang besar, daging kisar (daging lembu atau ayam), puri tomato dan sos spaghetti (Kak Mint suka menggunakan sos Prego perasa tradisional).
Mi Spaghetti yang telah masak |
Bahan-bahan untuk menyediakan sos spaghetti |
Tumis bawang besar hingga layu dan kekuningan |
Masukkan daging kisar dan tumis hingga keluar airnya |
Kemudian masukkan sos Prego dan puri tomato. Tambah sedikit garam, gula dan lada putih |
Biarkan sos mendidih perlahan-lahan. Kalau mahukan sos yang pekat, didihkan lama sedikit |
Inilah hasilnya. Mudah kan! |
Hat Yai Part 4
7 Apr 2011 - Hari ketiga dan merupakan hari terakhir di Hat Yai.
Check-out |
Replika kapal layar tradisional orang Siam |
Wak setia menunggu di lobi hotel |
Lapangan Terbang Antarabangsa Hat Yai. Menunggu saat terbang kembali ke Malaysia |
Kedai menjual pelbagai bebola ikan/daging dan sup |
Kedai menjual pelbagai jenis kacang |
Subscribe to:
Posts (Atom)