cool photo effects

Tuesday 7 June 2011

Menjejak Sandakan

Hari ini, pukul 12.30 tengah hari, Kak Mint meninggalkan Kota Kinabalu untuk ke Sandakan atas urusan rasmi selama 3 hari. Disebabkan oleh kekurangan peruntukan, terpaksalah KakMint menaiki kapal terbang yang hanya mengambil masa 40 minit (dengan Boeng MAS). Tapi kalau dikira dari segi penjimatan masa, kapal terbang merupakan pilihan terbaik.


Kak Mint memilih Hotel Sandakan sebagai destinasi penginapan. Mengapa? Tentulah disebabkan kedudukannya di dalam bandar itu sendiri, selain keselesaan dan harga yang berpatutan. Bila dalam kawasan bandar, tentunya mudahlah untuk Kak Mint merayau-rayau.


Sebaik sahaja mendaftar masuk hotel, Kak Mint terus berjalan kaki ke sebuah pasar raya yang bernama Gentingmas Mall. Emmm di Sandakan pun ada juga Genting Mas ye! Pasar raya ini merupakan pasar raya yang paling besar di sini. Malah sentiasa dipenuhi oleh pelanggan. Kononnya barang-barang yang dijual semuanya murah belaka. Betul ke? Tapi bagi Kak Mint kebenarannya memang ada. Harga NIPS Chocolate Coated Candy hanya RM1.90 sebungkus, berbanding RM2.50 di Kota Kinabalu. Wow boleh borong!


Dari pasar raya Gentingmas Mall, Kak Mint singgah di satu kedai makan yang menjual Coto Makasar (makanan istimewa di sini). Memang sedap. Pilih sahaja sama ada mahu coto nasi atau coto mi. Kuahnya pekat dan isinya (hirisan organ lembu - perut, hati, jantung) empuk dan enak.


Inilah semangkuk Coto Makasar. Emmm...


Selesai makan, Kak Mint balik ke hotel. Berehat.