cool photo effects

Tuesday 29 November 2011

Meniru Masakan Ala Cowboy

Menyaksikan program Throwdown with Bobby Flay di Food Network Channel merupakan suatu kemestian jika ada waktu yang terluang. Selain melihat aksi Bobby 'Iron Chef' dikalahkan oleh chef-chef tempatan, Kak Mint juga berkesempatan mempelajari cara dan kaedah penyediaan menu barat. Hemmm kelas memasak percuma di rumah melalui peti televisyen!


Petang kelmarin, Kak Mint mencuba nasib meniru salah satu menu dalam program berkenaan. Fried Chicken Steak namanya. Itu namanya sahaja tetapi sebenarnya hidangan ini daripada stik daging goreng bersalut tepung. Bukannya ayam seperti nama menunya. Pelik kan! Dan ini merupakan hidangan kegemaran cowboy di Texas! Agaknya cowboy-cowboy tu teringin nak makan ayam tapi tiada, jadi digantikan dengan daging!
Pertama kali Kak Mint belajar bagaimana cara menyediakan white gravy! Mudah sahaja. Bahan-bahannya tepung, mentega, susu segar dan bahan perasa. Ternyata percubaan kali pertama berjaya memukau selera sang suami.




No comments:

Post a Comment