cool photo effects

Monday 30 May 2011

Kelupis

Sejak Sabtu hingga kelmarin, Kak Mint amat sibuk melayani undangan kenduri kahwin anak rakan-rakan sejawat dan taulan di kampung. Tampaknya musim nak cuti sekolah ni sering kali dijadikan masa untuk mengahwinkan anak-anak. Alhamdulillah. Perkara yang baik itu wajar dipercepatkan. Alhamdulillah, rezeki dapat makan FREElah 2 hari ini. Seperti majlis-majlis kenduri lain yang pernah Kak Mint hadiri, hidangannya memang hampir serupa. Ada nasi minyak. Ada rendang, Ada kari, Ada acar dan macam-macam lagi (ikut kemampuan tuan majlis). Tetapi satu hidangan yang pastinya tidak ada di Semenanjung ialah Kelupis.




Kelupis ialah sejenis kuih tradisional masyarakat di Sabah khususnya suku kaum Brunei dan Bisaya. Kuih ini menjadi hidangan WAJIB dalam mana-mana majlis keramaian seperti Majlis Perkahwinan, Majlis Kesyukuran dan sebagainya. Untuk dimakan pada bila-bila masa pun boleh juga. Kalau buat kelupis kosong (takde inti) lebih sedap dimakan dengan kari daging atau rendang. Waktu Hari Raya, kelupis dihidangkan bersama-sama daging rendang, sebagai ganti ketupat.

KELUPIS (PULUT BUNGKUS)

Bahan-bahannya:
300 gram beras pulut - dibersihkan dan ditoskan
300 gram santan - tidak pekat dan tidak cair
2 helai daun pandan
sedikit garam
daun nyirik secukupnya

Cara membuatnya:
Masukkan santan dan daun pandan dalam kuali dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih dan mula naik minyak. Bila nampak minyak mula timbul dipermukaan santan, baru masukkan beras pulut dan garam. Kacau hingga separuh masak dan santan pun kering. Angkat. Masukkan dalam daun nyirik anggaran 2 sudu makan. Kemaskan, bungkus elok-elok. Buatlah hingga habis. Kukuslah hingga kelupis masak kira-kira 1/2 jam.

Friday 27 May 2011

Bawang Oh Bawang

Bagi mengisi waktu yang terluang di rumah, Kak Mint pun mulalah membelek buku-buku lama yang dibeli melalui Reader's Digest beberapa tahun lalu. Salah satu buku yang amat Kak Mint gemari ialah 'Extraordinary Uses for Ordinary Things'. Pos kali ini Kak Mint akan berkongsi tips kegunaan BAWANG di rumah.
  1. Membuang karat pisau: Tusukkan pisau yang berkarat ke dalam bawang besar beberapa kali hingga karat hilang.
  2. Mengelak kepedihan mata ketika menghiris bawang: Sejukkan bawang di dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum menghirisnya.
  3. Menghilangkan bau cat: Letakkan hirisan bawang di dalam pinggan yang berisi sedikit air.
  4. Menghindar gigitan nyamuk: Gosokkan hirisan bawang pada kulit.

Demam Supernatural Kembali Lagi

Sudah lama juga Kak Mint tidak menghantar pos ke blog ini. Maklumlah sejak akhir-akhir ini Kak Mint agak sibuk menggalas amanah majikan yang dipertanggungjawabkan kepada Kak Mint. Alhamdullilah, cuti rehat Jumaat ini dimanfaat untuk melayari blog. Kali ini Kak Mint nak berkongsi sedkit tentang cerita fiksyen 'Supernatural' yang kini telah memasuki musim ke-6. Kak Mint memang tidak pernah ketinggalan mengikuti siri ini dari musim 1 hinggalah kini. Kegilaan ini bukan disebabkan oleh Kak Mint taksub dengan ceritanya, tetapi Kak Mint kagum dengan cara cerita ini digarap oleh penerbitnya. Memang menarik. Memang penuh dengan aksi yang mendebarkan yang pastinya tidak akan membosankan. Supernatural Musim 6 kini ditayangkan di AXN Beyond 720 setiap Isnin-Jumaat. Selamat menonton!

Sunday 1 May 2011

Selamat Hari Pekerja 2011

01 Mei 2011, hari untuk semua pekerja di seluruh dunia merehatkan diri seketika. Mudah-mudahan kita semua akan terus menjadi pekerja yang gigih dan amanah kepada majikan yang memberikan rezeki kepada kita. Selamat Hari Pekerja. "1Pekerja, 1Amanah, 1Malaysia".