cool photo effects

Wednesday 18 April 2012

Notis Pemindahan Blog


Teman blogger yang dikasihi,

Mulai hari ini blog Alkisah Sepanjang Hayat tidak lagi akan aktif. Saya sudah membuka satu lagi blog yang dinamai Apabila Tinta Mencoret. Layari blog baharu saya di alamat apabilatintamencoret.blogspot.com. Terima kasih atas sokongan kalian.

Kak Mint
18 April 2012

Saturday 28 January 2012

Memulai Langkah Baharu

28 hari memasuki tahun 2012, baru kini Kak Mint ada kesempatan menulis semula di blog ini. Permulaan tahun baharu yang dipenuhi dengan pelbagai kesibukan di pejabat. Bermacam-macam amanah majikan yang perlu disiapkan sesegeranya. Bilalah agaknya kita boleh bekerja dengan aman tanpa tekanan mengejar dateline yang ditetapkan? Apapun positif saja! Hidup perlu diceriakan walau berat manapun bahu ini memikul tanggungjawab kepada keluarga dan majikan kita.

Pos kali ini Kak Mint ingin mengongsikan satu perkara yang Kak Mint rasakan boleh dimanfaatkan oleh teman blogger Kak Mint. Pada 26 Januari 2012 yang lalu, Kak Mint menghadiri Seminar Anjakan Potensi Diri yang disampaikan oleh En. Noor Azahar Mokthar di Kota Kinabalu. Dalam seminar ini peserta didedahkan dengan kaedah mengenal pasti potensi diri melalui tarikh lahir. Memang amat mengujakan dan amat menarik. Rupa-rupanya angka-angka dalam tarikh lahir kita ini mereflek diri kita sebenarnya. Melalui analisa tarikh lahir ini juga kita dapat menentukan hala tuju hidup kita pada masa depan setelah mengetahui kekuatan dan kelemahan diri.

Kak Mint ra bertuah! Sesungguhnya Allah Maha Kaya dan Maha Pemurah! Dalam tarikh lahir Kak Mint ada angka 999 yang tidak semua orang memilikinya. Menurut penceramah orang yang memiliki angka ini mempunyai banyak peluang untuk berjaya. Malah Kak Mint juga mempunyai angka 729 iaitu angka pelaris. Maknanya kalau Kak Mint menceburkan diri dalam bidang perniagaan, Kak Mint akan mudah mendapat untung dan berjaya. Apapun hasil analisisnya, segala-galanya terpulang kepada diri kita sendiri untuk meneruskan usaha. Allah telah menyediakan landasannya apabila Dia menciptakan manusia. Maka kita harus menggunakan landasan itu semaksimanya supaya hidup kita sejahtera. Insya-Allah angka-angka ini Kak Mint jadikan dorongan untuk terus berjaya dalam karier dan keluarga!

 

Tuesday 6 December 2011

Kemuliaan Hari Ayura


14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram 1433, bersamaan Selasa, 06 Disember 2011

  1. Melapang masa/belanja anak, suami, isteri (Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini).
  2. Memuliakan Fakir  Miskin (Fadhilat: Allah akan melapangkannya dalam kubur).
  3. Menahan Marah (Fadhilat: Di akhirat kelak Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang diredhai).
  4. Menunjukkan Orang Sesat (Fadhilat: Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya).
  5. Menyapu/Mengusap Kepala Anak Yatim (Fadhilat: Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap helai rambut yang diusapnya).
  6. Bersedekah (Fadhilat: Allah akan menjauhkannya daripada neraka seperti jauh seekor gagak terbang tanpa henti dari kecil hinggalah gagak itu mati. Diberikan pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini).
  7. Memelihara Kehormatan Diri (Fadhilat: Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan).
  8. Mandi Sunat (Fadhilat: Allah akan mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan sepanjang tahun).
  9. Bercelak (Fadhilat: Insya-Allah tidak sakit mata pada tahun itu).
  10. Membaca Qulhuwallah 1000 kali (Fadhilat: Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmah di akhirat kelak).
  11. Sembahyang Sunat 4 Rakaat (Fadhilat: Allah akan mengampunkan dosanya walaupun selama 50 tahun dosa itu dilakukan).
  12. Membaca Hasbiyallahu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru (Fadhilat: Insya-Allah tidak dimatikan pada tahun itu).
  13. Menjamu Orang Berbuka Puasa (Fadhilat: Diberikan pahala seperti memberikan sekalian umat Islam berbuka puasa).
  14. Puasa (Diberikan pahala 1000 kali Haji, 1000 kali Umrah dan 1000 kali Syahid dan diharamkan ke atasnya neraka).
Insya-Allah.. Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.

Friday 2 December 2011

Simbol 'Peace' Milik Siapa?

Catatan ini dipetik daripada yahoogroups.com milik Ahmad Cairel


Mungkin anda pernah atau ikut sama menunjukkan simbol ini terutama sekali ketika bergambar. Inilah simbol 'Peace' atau 'Keamanan' yang begitu popular. Tetapi anda perlu berhati-hati kerana ada sesuatu di sebalik simbol yang dianggap keramat itu.



Simbol ini berasal daripada simbol iblis dalam salah satu upaca keagamaan Yahudi. Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati. Simbol V mempunyai pelbagai sejarah. Dalam tulisan Yahudi, V (Van) bermaksud NAIL (kuku). The Nail ialah salah satu tanda rahsia iblis yang digunakan dalam penyembahan berhala.



Simbol ini telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin dunia dalam kempen mereka meluaskan pengaruh Yahudi. Iblis ingin membiarkan manusia tahu bahawa simbol itu ialah simbol kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Iblis), menggunakan simbol 'Peace' sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya.



Salah seorang penyelidik sejarah menegaskan bahawa simbol 'Peace' adalah daripada simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib Kristian dan mematahkannya ke atas dan menterbalikkannya ke bawah.



Oleh itu, berhati-hatilah, berpesan-pesanlah kepada muslimin dan muslimah yang belum mengetahui. Jangan dibiarkan amalan yang kecil ini akhirnya menjadi barah yang akan menggugat akidah agama kita. Wassalam.


Lamb Chop dan Kentang Putar

Resepi ini dipetik daripada yahoogroups.com milik Nur Fazedah...:)


Resipi Sos Marinate
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu makan lada hitan (ditumbuk)
2 sudu besar sos tiram
sedikit garam, lada putih & jus limau

Kepingan daging diperap dengan sos marinate ini semalaman sebelum digril.


Resipi Kentang Putar
6-8 biji kentang (kupas kulit, potong dadu besar & rebus hingga empuk)
1 sudu besar mentega
1/2 cawan susu cair
sedikit hirisan daun bawang
sedikit garam & lada putih


Resipi Sos Lamb Chop
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum (bahan pemekat sos)
1 liter air
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
1 sudu makan sos tomato atau cili
1 sudu besar serbuk lada hitam
1/2 kiub perasa ayam atau lembu
sedikit garam

Tuesday 29 November 2011

Meniru Masakan Ala Cowboy

Menyaksikan program Throwdown with Bobby Flay di Food Network Channel merupakan suatu kemestian jika ada waktu yang terluang. Selain melihat aksi Bobby 'Iron Chef' dikalahkan oleh chef-chef tempatan, Kak Mint juga berkesempatan mempelajari cara dan kaedah penyediaan menu barat. Hemmm kelas memasak percuma di rumah melalui peti televisyen!


Petang kelmarin, Kak Mint mencuba nasib meniru salah satu menu dalam program berkenaan. Fried Chicken Steak namanya. Itu namanya sahaja tetapi sebenarnya hidangan ini daripada stik daging goreng bersalut tepung. Bukannya ayam seperti nama menunya. Pelik kan! Dan ini merupakan hidangan kegemaran cowboy di Texas! Agaknya cowboy-cowboy tu teringin nak makan ayam tapi tiada, jadi digantikan dengan daging!
Pertama kali Kak Mint belajar bagaimana cara menyediakan white gravy! Mudah sahaja. Bahan-bahannya tepung, mentega, susu segar dan bahan perasa. Ternyata percubaan kali pertama berjaya memukau selera sang suami.