cool photo effects

Sunday, 3 July 2011

Tamu Tuaran

Sudah hampir sebulan Kak Mint tidak menghantar pos ke blog ni. Beberapa minggu lalu masa Kak Mint dipenuhi dengan kesibukan berterusan. Kesibukan hal-hal pejabat. Kesibukan hal-hal keluarga. Semuanya ada tikanya memeningkan dan memenatkan. Alhamdulillah hari ini akhirnya dapat juga Kak Mint meluangkan masa mengetik keyboard Macbook, dan mencatatkan kisah-kisah seterusnya. Dan kali Kak Mint ingin berkongsi tentang keunikan TAMU TUARAN.


'Tamu' bermakna pasar minggu. Tuaran ialah salah sebuah pekan kecil yang terletak tidak jauh dari Kota Kinabalu. Tamu Tuaran diadakan setiap pagi Ahad. Walau bagaimanapun, ada juga peniaga yang mula membuka gerai mereka seawal petang Sabtu.


Di Tamu Tuaran inilah penduduk sekitar akan membeli belah khususnya barang-barang basah seperti ikan, daging, ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan. Uniknya harga barangan yang dijual amat berpatutan, malah jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga di bandar.


Kak Mint kalau ke sini akan memborong sayur kerana harganya memang murah, dan banyak pula tu. Tak rugi datang ke Tamu Tuaran. Macam-macam ada.


No comments:

Post a Comment