cool photo effects

Saturday 23 April 2011

Cara Mudah Melipat Cadar Berbucu

Antara perkara yang sering mencabar kesabaran kita adalah melipat kain dalam kuantiti yang banyak. Tambah-tambah lagi yang dilipat itu ialah cadar yang berbucu. Kak Mint sering kali gagal melipat  dengan kemas. Akhirnya, melalui pautan teman-teman di yahoo group, Kak Mint muat naik video ini. Amat melegakan!!!
 
 

Friday 22 April 2011

Sandwic Telur Bertuna

Hari ini cuti umum Good Friday bagi negeri Sabah dan Sarawak. Masa inilah yang akan digunakan untuk berehat bersama-sama keluarga. Teringin pula menyediakan sandwic untuk sarapan pagi. Kak Mint namakan Sandwic Telur Bertuna. Nak cuba?

Bahan-bahannya bawang besar (dihiris), telur dipukul bersama-sama sedikit garam dan lada putih, roti (biasa atau berserat) dan Tuna Deli Spread.

Tumis bawang besar hingga layu dan kekuningan.

Masukkan telur dan kacau hingga ia menjadi scramble.

Roti dipanaskan di atas kuali. Boleh juga dibakar menggunakan pembakar roti.

Walaaa! Inilah hasilnya. Telur dan tuna diselang-selikan. Untuk menambahkan keenakannya, bolehlah dibubuh sedikit sos tomato atau mayonis.

Thursday 21 April 2011

Salad Rasa Bahagia

Salad Rasa Bahagia enak dihidangkan sejuk

Salam sejahtera buat teman-teman blogger. Hari ini Kak Mint nak berkongsi resepi ringkas tetapi berkhasiat yang Kak Mint namakan 'Salad Rasa Bahagia'. Kenapa nama tu agaknya? Kerana masa menyediakan hidangan ini, Kak Mint rasa amat bahagia...:) Harap-harap anda juga rasa bahagia mencuba resepi ini.

Inilah bahan-bahan yang diperlukan. Mudah diperoleh di pasar raya. Mayonis, isi ayam rebus dipotong dadu, sayur campur (rebus dahulu), kacang merah, jagung biji dan sedikit perahan air limau.

LANGKAH 1
Gaul rata mayonis, air perahan limau, sedikit garam dan sedikit lada putih.

LANGKAH 2
Masukkan semua bahan dan gaul rata.

LANGKAH 3
Salad ini enak dimakan ketika sejuk. Masukkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit.

SELAMAT MENCUBA...:)

Sunday 17 April 2011

Menaksir Cukai 2010

"30 April 2010 - Tarikh akhir membuat taksiran cukai 2010 menggunakan e-filing". Wah! tampaknya masa berlalu amat pantas. Tanpa disedari hari ini tinggal 2 minggu lagi tanggungjawab ini perlu dilaksanakan. Pagi ini, Kak Mint dah nekad untuk menyiapkan 2 taksiran iaitu taksiran untuk Kak Mint dan suami (taksiran berasingan). Tak boleh ditangguhkan lagi kerana Kak Mint bimbang akan terlupa. Alhamdulillah, kebetulan Maxis Broadband pagi ini dalam keadaan yang lancar. Taksiran berjaya juga dibuat. Anda bagaimana? Sudah laksanakan tanggungjawab anda? Jangan tunggu lagi nanti terlambat.

Saturday 16 April 2011

Masa Bersendirian


Hari ini sang suami ke luar kota atas urusan kerja yang sentiasa memerlukan komitmen. Hingga hari Selasa depan, tampaknya Kak Mint bersendirian di rumah melayan diri sendiri...:)

Saturday 9 April 2011

Home Made Spaghetti Bolognese

Pos kali ini Kak Mint nak kongsi sedikit cara mudah menyediakan spaghetti bolognese. Cepat dan semestinya enak.

Mi Spaghetti yang telah masak
Mula-mula pasta spaghetti perlu dimasak terlebih dahulu. Boleh gunakan apa saja jenama pasta yang disukai tetapi Kak Mint lebih sukakan pasta spaghetti Buitoni. Pastikan air dididihkan dan dibubuh sedikit garam serta minyak sebelum memasukkan pasta. Masaklah pasta hingga empuk sesuai dengan selera anda.

Bahan-bahan untuk menyediakan sos spaghetti
Perkara seterusnya yang perlu dilakukan adalah menyediakan sosnya. Tidak perlu berbelanja banyak. Yang penting bawang besar, daging kisar (daging lembu atau ayam), puri tomato dan sos spaghetti (Kak Mint suka menggunakan sos Prego perasa tradisional).

Tumis bawang besar hingga layu dan kekuningan
Masukkan daging kisar dan tumis hingga keluar airnya
Kemudian masukkan sos Prego dan puri tomato. Tambah sedikit garam, gula dan lada putih
Biarkan sos mendidih perlahan-lahan. Kalau mahukan sos yang pekat, didihkan lama sedikit
Inilah hasilnya. Mudah kan!

Hat Yai Part 4

7 Apr 2011 - Hari ketiga dan merupakan hari terakhir di Hat Yai.

Check-out
Replika kapal layar tradisional orang Siam
Wak setia menunggu di lobi hotel
Lapangan Terbang Antarabangsa Hat Yai. Menunggu saat terbang kembali ke Malaysia

Kedai menjual pelbagai bebola ikan/daging dan sup
Kedai menjual pelbagai jenis kacang

Friday 8 April 2011

Hat Yai Part 3

6 Apr 2011 - Hari kedua di Kota Hat Yai.

Agak sunyi jalan raya di kota ini. Mudah untuk kita berjalan-jalan.
Pemandangan jalan di hadapan hotel Novotel Centara Hat Yai. Lobi tingkat bawah kecil sahaja. Tetapi apabila naik ke lobi utamanya di tingkat 6, wah!! hotel ini ternyata amat cantik.
Salah satu gerai pakaian sukan di tepi jalan. Baju-baju jenama POLO ini hanya 350 baht sehelai

Pengangkutan awam utama 'Tuk Tuk'
Kedai yang menjual pakaian dari India
Makan tengah hari di restoran ini. Restoran yang menjual makanan halal memang sedikit. Tetapi tidaklah jauh dari hotel.
Nasi Pataya
Nasi Goreng Cina
Ada pelbagai menu lain untuk dipilih
Candid ni...huhuhu

Scooter macam ni banyak di Hat Yai



Menu makan malam sup tomyam

Daging Goreng Kunyit



Hahaha...dah habis daaaa

Hat Yai Part 2

5 Apr 2011 - Meneruskan perjalanan. KL ke Hat Yai dengan penerbangan Air Asia AK770.

Tune Hotel KL - bersiap-siap
Wak sedang menunggu Monorel ke KL Sentral

SkyBus dinaiki dari KL Sentral ke LCCT
Sementara menunggu penerbangan pukul 11.35 pagi, Kak Mint dan Wak merehatkan diri sambil menikmati juadah makan tengah hari di Food Garden LCCT.


Teh Tarik
Menu Wak - Nasi campur


Menu Kak Mint - Nasi goreng kampung
Emmm..dah kenyang, bersantailah pula di Balai Pelepasan

Dokumen yang perlu disediakan sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hat Yai
Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hat Yai tepat pukul 12.15 tengah hari (waktu Malaysia 1.15 petang)
Sederhana besar tetapi tetap mempunyai kemudahan peralatan yang moden
Bendera Thailand di hadapan Lapangan Terbang Hat Yai
Wak tukang angkat beg..hehehe
Teksi ke hotel. Tambangnya hanya 300 baht.
Daftar masuk di Novotel Centara Hat Yai

Gerai makanan halal yang menjual pelbagai bebola ikan/daging/sosej bakar
10-15 baht setiap cucuk

Pulut Durian 50 baht

Pulut Mangga 50 baht
Udang Goreng saiz L 100 baht
Baju ni cantik...250 baht je...tapi saiznya tak sesuai dengan Kak Mint...hampa
Bazar macam ni memang banyak di Hat Yai. Macam-macam ada
Di kaki-kaki lima terdapat gerai yang menjual pelbagai jenis buah-buahan, kacang, pakaian (yang banyak pakaian dalam wanita), kosmetik jenama terkenal, cd, dan macam-macam lagi
Gerai yang menjual buah-buahan seperti ini juga banyak di kaki-kaki lima kedai. 20 baht sepotong