cool photo effects

Saturday 28 January 2012

Memulai Langkah Baharu

28 hari memasuki tahun 2012, baru kini Kak Mint ada kesempatan menulis semula di blog ini. Permulaan tahun baharu yang dipenuhi dengan pelbagai kesibukan di pejabat. Bermacam-macam amanah majikan yang perlu disiapkan sesegeranya. Bilalah agaknya kita boleh bekerja dengan aman tanpa tekanan mengejar dateline yang ditetapkan? Apapun positif saja! Hidup perlu diceriakan walau berat manapun bahu ini memikul tanggungjawab kepada keluarga dan majikan kita.

Pos kali ini Kak Mint ingin mengongsikan satu perkara yang Kak Mint rasakan boleh dimanfaatkan oleh teman blogger Kak Mint. Pada 26 Januari 2012 yang lalu, Kak Mint menghadiri Seminar Anjakan Potensi Diri yang disampaikan oleh En. Noor Azahar Mokthar di Kota Kinabalu. Dalam seminar ini peserta didedahkan dengan kaedah mengenal pasti potensi diri melalui tarikh lahir. Memang amat mengujakan dan amat menarik. Rupa-rupanya angka-angka dalam tarikh lahir kita ini mereflek diri kita sebenarnya. Melalui analisa tarikh lahir ini juga kita dapat menentukan hala tuju hidup kita pada masa depan setelah mengetahui kekuatan dan kelemahan diri.

Kak Mint ra bertuah! Sesungguhnya Allah Maha Kaya dan Maha Pemurah! Dalam tarikh lahir Kak Mint ada angka 999 yang tidak semua orang memilikinya. Menurut penceramah orang yang memiliki angka ini mempunyai banyak peluang untuk berjaya. Malah Kak Mint juga mempunyai angka 729 iaitu angka pelaris. Maknanya kalau Kak Mint menceburkan diri dalam bidang perniagaan, Kak Mint akan mudah mendapat untung dan berjaya. Apapun hasil analisisnya, segala-galanya terpulang kepada diri kita sendiri untuk meneruskan usaha. Allah telah menyediakan landasannya apabila Dia menciptakan manusia. Maka kita harus menggunakan landasan itu semaksimanya supaya hidup kita sejahtera. Insya-Allah angka-angka ini Kak Mint jadikan dorongan untuk terus berjaya dalam karier dan keluarga!

 

No comments:

Post a Comment