cool photo effects

Saturday 2 April 2011

Kenangan Kucing

Apabila mendapat berita akan berpindah ke Kota Kinabalu, pelbagai perasaan bermain di benak. Bermacam-macam urusan perlu dilunaskan dengan segera. Namun dalam usaha untuk bersiap-siap menyusun barang untuk dibawa berpindah, ada juga barang yang terpaksa ditinggalkan. Inilah gambar kenangan 5 ekor kucing kesayangan Kak Mint yang tidak dapat dibawa bersama atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Kesemua kucing berkenaan dititipkan buat insan yang sudi memeliharanya. Kini 7 bulan telah berlalu, bagaimana agaknya keadaan kalian?

Che Kuz sedang bersantai dalam mesin basuh

Butat bersama anaknya yang dinamakan Che Det

Che Det berusia 5 hari

Che Keboo bersantai bersama Che Kuz

Che Kuz menjilat telinga Butit

Che Det berusia 1 bulan

1 comment: