Antara perkara yang sering mencabar kesabaran kita adalah melipat kain dalam kuantiti yang banyak. Tambah-tambah lagi yang dilipat itu ialah cadar yang berbucu. Kak Mint sering kali gagal melipat dengan kemas. Akhirnya, melalui pautan teman-teman di yahoo group, Kak Mint muat naik video ini. Amat melegakan!!!
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan. Pergilah ke tempat-tempat yang kamu idamkan. Jadilah seperti apa yang kamu citakan. Sesungguhnya kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.
Saturday, 23 April 2011
Friday, 22 April 2011
Sandwic Telur Bertuna
Hari ini cuti umum Good Friday bagi negeri Sabah dan Sarawak. Masa inilah yang akan digunakan untuk berehat bersama-sama keluarga. Teringin pula menyediakan sandwic untuk sarapan pagi. Kak Mint namakan Sandwic Telur Bertuna. Nak cuba?
Bahan-bahannya bawang besar (dihiris), telur dipukul bersama-sama sedikit garam dan lada putih, roti (biasa atau berserat) dan Tuna Deli Spread. |
Tumis bawang besar hingga layu dan kekuningan. |
Masukkan telur dan kacau hingga ia menjadi scramble. |
Roti dipanaskan di atas kuali. Boleh juga dibakar menggunakan pembakar roti. |
Walaaa! Inilah hasilnya. Telur dan tuna diselang-selikan. Untuk menambahkan keenakannya, bolehlah dibubuh sedikit sos tomato atau mayonis. |
Thursday, 21 April 2011
Salad Rasa Bahagia
Salad Rasa Bahagia enak dihidangkan sejuk |
Salam sejahtera buat teman-teman blogger. Hari ini Kak Mint nak berkongsi resepi ringkas tetapi berkhasiat yang Kak Mint namakan 'Salad Rasa Bahagia'. Kenapa nama tu agaknya? Kerana masa menyediakan hidangan ini, Kak Mint rasa amat bahagia...:) Harap-harap anda juga rasa bahagia mencuba resepi ini.
Inilah bahan-bahan yang diperlukan. Mudah diperoleh di pasar raya. Mayonis, isi ayam rebus dipotong dadu, sayur campur (rebus dahulu), kacang merah, jagung biji dan sedikit perahan air limau.
LANGKAH 1
Gaul rata mayonis, air perahan limau, sedikit garam dan sedikit lada putih. |
LANGKAH 2
Masukkan semua bahan dan gaul rata. |
LANGKAH 3
Salad ini enak dimakan ketika sejuk. Masukkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit. |
SELAMAT MENCUBA...:)
Sunday, 17 April 2011
Menaksir Cukai 2010
"30 April 2010 - Tarikh akhir membuat taksiran cukai 2010 menggunakan e-filing". Wah! tampaknya masa berlalu amat pantas. Tanpa disedari hari ini tinggal 2 minggu lagi tanggungjawab ini perlu dilaksanakan. Pagi ini, Kak Mint dah nekad untuk menyiapkan 2 taksiran iaitu taksiran untuk Kak Mint dan suami (taksiran berasingan). Tak boleh ditangguhkan lagi kerana Kak Mint bimbang akan terlupa. Alhamdulillah, kebetulan Maxis Broadband pagi ini dalam keadaan yang lancar. Taksiran berjaya juga dibuat. Anda bagaimana? Sudah laksanakan tanggungjawab anda? Jangan tunggu lagi nanti terlambat.
Saturday, 16 April 2011
Masa Bersendirian
Hari ini sang suami ke luar kota atas urusan kerja yang sentiasa memerlukan komitmen. Hingga hari Selasa depan, tampaknya Kak Mint bersendirian di rumah melayan diri sendiri...:)
Saturday, 9 April 2011
Home Made Spaghetti Bolognese
Pos kali ini Kak Mint nak kongsi sedikit cara mudah menyediakan spaghetti bolognese. Cepat dan semestinya enak.
Mula-mula pasta spaghetti perlu dimasak terlebih dahulu. Boleh gunakan apa saja jenama pasta yang disukai tetapi Kak Mint lebih sukakan pasta spaghetti Buitoni. Pastikan air dididihkan dan dibubuh sedikit garam serta minyak sebelum memasukkan pasta. Masaklah pasta hingga empuk sesuai dengan selera anda.
Perkara seterusnya yang perlu dilakukan adalah menyediakan sosnya. Tidak perlu berbelanja banyak. Yang penting bawang besar, daging kisar (daging lembu atau ayam), puri tomato dan sos spaghetti (Kak Mint suka menggunakan sos Prego perasa tradisional).
Mi Spaghetti yang telah masak |
Bahan-bahan untuk menyediakan sos spaghetti |
Tumis bawang besar hingga layu dan kekuningan |
Masukkan daging kisar dan tumis hingga keluar airnya |
Kemudian masukkan sos Prego dan puri tomato. Tambah sedikit garam, gula dan lada putih |
Biarkan sos mendidih perlahan-lahan. Kalau mahukan sos yang pekat, didihkan lama sedikit |
Inilah hasilnya. Mudah kan! |
Hat Yai Part 4
7 Apr 2011 - Hari ketiga dan merupakan hari terakhir di Hat Yai.
Check-out |
Replika kapal layar tradisional orang Siam |
Wak setia menunggu di lobi hotel |
Lapangan Terbang Antarabangsa Hat Yai. Menunggu saat terbang kembali ke Malaysia |
Kedai menjual pelbagai bebola ikan/daging dan sup |
Kedai menjual pelbagai jenis kacang |
Friday, 8 April 2011
Hat Yai Part 3
6 Apr 2011 - Hari kedua di Kota Hat Yai.
Agak sunyi jalan raya di kota ini. Mudah untuk kita berjalan-jalan. |
Pemandangan jalan di hadapan hotel Novotel Centara Hat Yai. Lobi tingkat bawah kecil sahaja. Tetapi apabila naik ke lobi utamanya di tingkat 6, wah!! hotel ini ternyata amat cantik. |
Salah satu gerai pakaian sukan di tepi jalan. Baju-baju jenama POLO ini hanya 350 baht sehelai |
Pengangkutan awam utama 'Tuk Tuk' |
Kedai yang menjual pakaian dari India |
Makan tengah hari di restoran ini. Restoran yang menjual makanan halal memang sedikit. Tetapi tidaklah jauh dari hotel. |
Nasi Pataya |
Nasi Goreng Cina |
Ada pelbagai menu lain untuk dipilih |
Candid ni...huhuhu |
Scooter macam ni banyak di Hat Yai |
Menu makan malam sup tomyam |
Daging Goreng Kunyit |
Hahaha...dah habis daaaa |
Hat Yai Part 2
5 Apr 2011 - Meneruskan perjalanan. KL ke Hat Yai dengan penerbangan Air Asia AK770.
Sementara menunggu penerbangan pukul 11.35 pagi, Kak Mint dan Wak merehatkan diri sambil menikmati juadah makan tengah hari di Food Garden LCCT.
Tune Hotel KL - bersiap-siap |
Wak sedang menunggu Monorel ke KL Sentral |
SkyBus dinaiki dari KL Sentral ke LCCT |
Teh Tarik |
Menu Wak - Nasi campur |
Menu Kak Mint - Nasi goreng kampung |
Emmm..dah kenyang, bersantailah pula di Balai Pelepasan |
Dokumen yang perlu disediakan sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hat Yai |
Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hat Yai tepat pukul 12.15 tengah hari (waktu Malaysia 1.15 petang) |
Sederhana besar tetapi tetap mempunyai kemudahan peralatan yang moden |
Bendera Thailand di hadapan Lapangan Terbang Hat Yai |
Wak tukang angkat beg..hehehe |
Teksi ke hotel. Tambangnya hanya 300 baht. |
Daftar masuk di Novotel Centara Hat Yai |
Gerai makanan halal yang menjual pelbagai bebola ikan/daging/sosej bakar |
10-15 baht setiap cucuk |
Pulut Durian 50 baht |
Pulut Mangga 50 baht |
Udang Goreng saiz L 100 baht |
Baju ni cantik...250 baht je...tapi saiznya tak sesuai dengan Kak Mint...hampa |
Bazar macam ni memang banyak di Hat Yai. Macam-macam ada |
Di kaki-kaki lima terdapat gerai yang menjual pelbagai jenis buah-buahan, kacang, pakaian (yang banyak pakaian dalam wanita), kosmetik jenama terkenal, cd, dan macam-macam lagi |
Gerai yang menjual buah-buahan seperti ini juga banyak di kaki-kaki lima kedai. 20 baht sepotong |
Subscribe to:
Posts (Atom)